Monday, June 22, 2009

RANTING BERTAMBAH DI PERLIS

PKR Perlis berjaya menubuhkan 21 cawangan baru menjadikan jumlah kesemuanya 26 setakat ini, kata pengerusi perhubungannya Johari Shafie.
Beliau berkata, bahagian-bahagian Kangar dan Padang Besar masing-masing 10 cawangan baru, sementara satu cawangan dibuka di Arau.

“Kami juga ingin mengumumkan kemasukan 52 ahli baru termasuk bekas pengarah jabatan Pelajaran Perlis, Zakaria Jap dan Dr Suraya Sudin, bekas AJK Wanita Umno bahagian Kangar.

Kedua-dua mereka turut menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PKR kepada ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam satu majlis di Kangar, Sabtu lalu, kata Johari ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, PKR juga akan cuba menggerakkan semula enam cawangan parti yang ketika ini tidak aktif.

Menurut Johari, PKR Perlus telah melakukan rombakan terhadap kepimpinan parti peringkat negeri tetapi tidak boleh mengumumkannya kerana belum mendapat kelulusan pucuk pimpinan PKR. -Malaysiakini.com

PAKATAN RAKYAT TOLAK IDEA KERAJAAN PERPADUAN

KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

22 Jun 2009- Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang

Monday, June 15, 2009

Nizar Dan Empat Lagi Digantung Dari Parlimen Dua Hari

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia menggantung Ahli Parlimen Nizar Jamaluddin dan empat ahli Parlimen lain daripada Parlimen dua hari kerana kononnya melanggar kod baju Dewan Rakyat.

Nizar dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Koo Ham (DAP-Pantai Remis) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) di halau dari Parlimen kerana memakai lilitan bubar DUN Perak.

Nizar cuba membawa bahas mengenai kemelutu politik Perak ke dewan tertinggi demokrasi di negara ini setelah menangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.
“Ketika mengangkat sumpah, saya berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan. Demikian itu saya memitna izin dari Speaker untuk memaklumkan kepada Dewan berkenaan isu Perlembagaan yang dipinggir di Perak,” kata Nizar.

Nizar bagaimanapun tidak diberi peluang itu kerana diarahkan keluar Dewan oleh Pandikar bersama empat Ahli Parlimen lain.
Pandikar berkata kesemua mereka di gantung dua hari atas kesalahan melanggar kod pemakaian Dewan Rakyat.

Mengulas kejadian itu, Ketua Pembangkang Anwar (PKR-Permatang Pauh) berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan Pandikar, mendesak arahan itu dipertimbang semula.

Beliau menjelaskan Dewan Rakyat perlu mendengar penjelasan Krisis Perlembagaan Perak kerana institusi Parlimen adalah mercu dewan-dewan legislatif negara ini.
“Kita dapat lihat bagaimana Dewan Undangan Negeri dilanggar, serta kekerasan yang dilalui oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Kes-kes ini perlu diberi perhatian serius oleh Dewan Rakyat,” kata Anwar.

“Tidak ada bezanya proses Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Perak. Dewan perlu mendengar penjelasan dan membahaskan isu ini,” kata Anwar.
Beliau kesal kelima-lima wakil rakyat lantang itu digantung dua hari atas alasan kod pemakian, sedangkan isu yang di bawa adalah serius dan menjurus kepada pencabulan proses legislatif negara ini.

“Buat masa sekarang, kita mahu mengadakan pertemuan dengan Speaker supaya beliau mempertimbang semula keputusan menggantung lima wakil rakyat Pakatan, dan membolehkan mereka kembali ke Dewan,” tegas Anwar.

Saturday, June 13, 2009

PINDAAN PERLEMBAGAAN PKR


Cadangan pindaan perlembagaan PKR telah menimbulkan kegusaran di kalangan penyokong parti itu yang bimbang ia "dirampas kumpulan lawan dan pihak oportunis", kata Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail


Perubahan ini memang besar dan nampak mendadak. Justeru, saya tidak salahkan tuan-tuan yang mungkin berasa gusar dan bimbang."Banyak yang telah diperkatakan, mungkin parti akan dirampas kumpulan lawan dan kumpulan oportunis. Mungkin parti akan hilang agenda perjuangan asal dan banyak lagi," kata Wan Azizah.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam kongres khas parti itu - bagi meminda perlembagaannya - di Bangi pagi ini.Azizah meminta anggota PKR menerima cadangan itu kerana anggota parti itu membuat pindaan yang lebih besar sebelum ini apabila bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).


Menurutnya, penggabungan itu melibatkan pelbagai perubahan termasuklah nama, simbol dan bendera parti."Kegusaran memuncak takut parti kita hilang semangat perjuangan asal, hilang identiti dan lebih dahsyat lagi, takut-takut kalau saya diketepikan oleh Presiden Parti Rakyat ketika itu Dr Syed Husin Ali. Bincang tujuh pindaan"Biar saya nyatakan ini secara berterus terang hari ini. Ramai yang gusar ketika itu kerana kita tidak mengenali Dr Syed dan kita membuat andaian berdasarkan situasi ketika itu, dan apa yang digambarkan pemerintah terhadap mereka.


"Yang penting semuanya sayangkan parti," katanya.Kira-kira 1,000 perwakilan bersidang di kongres khas PKR hari ini bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu.Pindaan tersebut ialah menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.


Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri..


Mengulas perkara itu, Wan Azizah berharap pindaan perlembagaan yang dibentangkan naib presidennya, Sivarasa Rasiah mampu "hmenghapuskan bibit-bibit politik wang dari mula berputik" di dalam part itu.




TAKZIAH

Hari ini 13 hb jun 2009 bapa kepada saudara RAHIM( naib ketua AMK KULIM BB) telah pulang ke rahmatullah.Bapa saudara RAHIM menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 pagi di rumah beliau sendiri di RELAU BANDAR BAHRU.Di fahamkan umur bapa saudara RAHIM 88 TAHUN dan di percayai meninggal dunia akibat sakit tua.SELURUH AMK KULIM BANDAR BHARU MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUAR SAUDARA RAHIM.SEMOGA ROH BELIAU DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH.AL-FATIHAH

Wednesday, June 10, 2009

KENYATAAN MEDIA DSAI

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Monday, June 1, 2009

TAHNIAH KEPADA SEMUA PETUGAS PRK PENANTI


Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus memenangkan calon PKR DR MANSOR OSMAN.MAJORITI BESAR 5558 dapat di kekalkan dan penguasaan PKR dalam DUN PENANTI kekal MILIK PR.SYABAS KEPADA SEMUA PETUGAS