Friday, January 30, 2009

TABIK KEPADA PM TURKI

Taib Erdogan menzahirkan pendirian umat dan pencinta keadilan. Beliau menunjukkan sikap tegas meninggalkan omongan sia-sia manakala umat Ghazza dibedil dan ditindas. Syabas kami ucapkan. Beliau memberi harapan baru ditengah kelesuan pimpinan Arab dan dunia Islam.
Tambah hebat dan terserlah sikap beliau lantara adigan meninggalkan sidang istimiwa Davos! Beliau bertarung ditengah gelanggang. Ini berbeda sekali dengan lagak pimpinan yang menyalak menentang Amerika dikampung halaman tetapi kelu membisu tatkala di Amerika. Malah ada yang sanggup membayar berjuta dolar kpd pelobi Yahudi Jack Abramoff semata-mata untuk berkesempatan melutut dihadapan Pres Bush!
Maka selaku sahabat, saya salut kpd PM Taib ANWAR IBRAHIM

ON LINE DAFTAR PEMILIH

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewujudkan kaedah pendaftaran pemilih secara online dalam usaha menggalakkan warganegara yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kaedah itu akan memudahkan orang ramai terutamanya golongan muda mendaftar daripada komputer masing-masing dan ia akan dijalankan secepat mungkin iaitu sebaik sahaja kajian mengenainya selesai.
“Kini terdapat empat juta warganegara yang layak mengundi tetapi masih belum berdaftar dengan SPR dan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda berumur 20an,” katanya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik.
“Kami juga berharap pihak NGO seperti Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) dan parti-parti politik akan membantu menarik minat orang ramai mendaftar sebagai pengundi,” katanya.
Dalam perjumpaan hampir 50 minit itu, Abdul Aziz berkata beliau menerangkan kepada Tuanku Mizan mengenai perjalanan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari lepas.
Beliau berkata proses penganjuran pilihan raya itu merupakan yang terbaik setakat ini dan akan menjadi tanda aras atau contoh untuk pilihan raya akan datang.
“Tuanku gembira dan bertitah agar kami menjalankan tugas dengan saksama, adil, tidak berat sebelah dan profesional,” katanya.
Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi SPR pada 31 Disember, manakala Datuk Ngah Senik sebagai Setiausaha pada 16 November tahun lepas.-BERNAMA

Tuesday, January 27, 2009

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA ANJURAN KEADILAN

MAJLIS Perayaan Tahun Baru Cina yang dianjurkan KeADILan semalam meriah dengan kehadiran pemimpin-pemimpin utama KeADILan yang berbangsa cina serta kehadiran Ketua Pembangkang Dewan Rakyat yang juga Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim.
Perayaan berkenaan yang diadakan di Dewan Persatuan Hokkien Klang semalam turut dihadiri oleh Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali yang turut memberikan sumbangan kepada fakir miskin.
Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden Pas Husam Musa turut berkesempatan untuk menghadiri majlis meriah ini.
Ketua Penerangan KeADILan Selangor , Tan Yee Kew selaku pengarah program turut memberikan ucapan aluan dalam majlis perayaan Tahun Baru Cina yang pertama kalinya dianjurkan sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor itu.
Selain ucapan daripada pemimpin utama parti, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan. Makanan juga akan dihidangkan......SUARAKEADILAN

Monday, January 26, 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Sebagaimana biasa, tiap-tiap tahun masyarakat Tiong Hua di negara ini, bersama masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan meriah. Tambahan lagi, tahun ini ialah tahun lembu; melambangkan kemakmuran yang dihasilkan dari usaha yang bersungguh-sungguh berserta keazaman yang tinggi.Walaupun berdepan dengan jangkaan banyak pihak bahawa keadaan ekonomi tahun ini tidak memberansangkan, saya percaya berbekalkan keazaman yang teguh dan usaha yang bersungguh-sungguh, kita semua pasti mampu mengharungi segala krisis mahupun cabaran yang mendatang. Yakinlah hanya rakyat sahaja mampu memastikan ini semua terjadi; satu perubahan mendasar ke arah Malaysia yang lebih makmur dan kaya.Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai buat seluruh rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua di Malaysia.ANWAR IBRAHIM

Sunday, January 25, 2009

TAHNIAH ADUN BOTA

Tahniah di ucapkan kepada ADUN BOTA PERAK kerana berani berperinsip tanpa rasa takut untuk keluar dari PARTI UMNO(BN) menyertai PARTI KEADILAN RAKYAT(PKR) sebentar tadi.Ini permulaan yang baik untuk menarik lebih ramai ADUN dan juga MP menyertai PAKATAN RAKYAT dan terus meninggalkan UMNO yang semakin nazak dan penghujung usia.Agenda perubahan yang kita dokong untuk rakyat menampakkan sinar, demi memartabatkan ketuanan rakyat.

Monday, January 19, 2009




Ceramah solidariti ummah bersama PALESTINE di adakan di SUNGAI PETANI KEDAH.Program tersebut bertempat di perkarangan MASJID AR-RAHMAN(MASJID PEKAN) SUNGAI PETANI pada 16 hb JAN 2009 jam 9 malam.Di dalam pada masa yang sama kutipan derma untuk membantu saudara kita di PALESTINE juga di adakan, RM6464.50 berjaya di kumpulkan dan di serahkan kepada wakil PALESTIN iaitu saudara ISMAIL.Program ini hasil inisiatif oleh AMK KEDAH,DEWAN PEMUDA PAS KEDAH dan TERAS

Sunday, January 18, 2009

USIA UMNO DI PENGHUJUNG

Bukti sudah jelas usia UMNO di penghujung,kemenangan PR di dalam PRK P 036 KUALA TERENGGANU menampakkan UMNO di dalam keadaaan cemas dan gementa]=[
untuk meneruskan sisa usia UMNO itu sendiri.Mesej yang di hantar melalui undi oleh rakyat menunjukkan BARISAN NASIONAL tidak boleh di harapkan lagi walaupun tohmahan dan fitnah di lemparkan kepada PR khususnya DSAI namun rakyat KUALA TERENGGANU bijak membuat pilihan yang tepat.PR di wakili calon dari PARTI PAS iaitu ABDUL WAHID B ENDUT berjaya menewaskan CALON BARISAN NASIONAL iaitu WAN FARID dengan majoriti 2631 undi.Semoga gelombang kemenangan berterusan berpihak kepda PR...

Thursday, January 15, 2009

GAMBARAN KEMPEN PRK P 036 KUALA TERENGGANU

Suasana kempen yang agak suram menyukarkan ramalan yang boleh di buat siapa yang akan menang,semuanya akan terjawab pada 17 hb jan 2009 ini.Cuaca sejuk dan tiupan angin timur mengurangkan kehangatan kempen PRK KUALA TERENGGANU,AMK KEDAH di arahkan supaya berkampung di dalam DUN BANDAR dalam pada waktu yang sama di tugaskan supaya menganjurkan ceramah setiap malam di perkarangan PPN TERENGGANU.AMK KULIM BB di wakili oleh dua individu iaitu penyelaras AMK KULIM BB saudara wan serta AJK AMK KULIM BB iaitu BOB.Penginapan AMK KULIM BB bersama AMK KEDAH iaitu di RUSILA,ia terletak di luar kawasan pilihanraya dan tidak jauh daripada BANDAR KUALA TERENGGANU.Beberapa peraturan yang di perkenalkan oleh SPR kali ini berjaya mengurangkan kemeriahan iaitu melarang menampal poster calon di kereta dan juga melarang kereta daripada mengibarkan bendera PARTI POLITIK ini semua merencatkan suasana PRK kali ini.Sememangnya pelik namun kita ikut peraturan yang tak masuk akal itu mengikut budi bicara masing2.Hari ini suatu benda yang pelik berlaku iaitu tiada sekatan jalan raya di sekitar DUN BANDAR berbeza pada hari pertama kempen banyak sekatan jalan raya di lakukan oleh pihak polis tetapi sudah 2 hari tiada sekatan jalan raya di lakukan .SEMOGA KEMENANGAN MILIK PAKATAN RAKYAT.

Wednesday, January 7, 2009

PRK P36 KUALA TERENGGANU

Selesai sudah proses penamaan calon semalam,dari segi sokongan menampakkan kemenangan sudah milik PR.Namun ia bukan bermakna PR boleh goyang kaki tanpa kempen yang serius dan ada strategi,melihat kepada calon juga dari segi kotokohan semestinya berpihak kepada calon PR dari PARTI PAS.Semoga PRK P36 KUALA TERENGGANU DAPAT DI JALANKAN SECARA ADIL DAN PENUH DEMOKRASI,KAMI AMK KULIM BB MENGUCAPKAN SELAMAT BERJUANGAN DAN BERKEMPEN KEPADA SELURUH JENTERA PR KHUSUSNYA PARTI PAS..SEMOGA KEMENANGAN MILIK KITA............REFORMASI