Monday, May 18, 2009

BN KECUNDANG SEBELUM BERTEMPUR

BN telah membuat keputusan bahawa tidak akan meletakkan calon di dalam PRK PENANTI pada 31 MEI 2009,Keputusan ini semestinya menjadi berita sedih kepa UMNO PERMATANG PAUH,mereka semestinya bersedih dengan keputusan ini di sebabkan tiada peruntukkan untuk di berikan kepada mereka.Bukan setakat UMNO tetapi PARTI-PARTI komponen BN yang lain di PULAU PINANG akan mengaggap ini berita yang menyayatka hati.

Selepas ini CALON BEBAS akan muncul umpama cendawan di pagi hari.Apa pun keputusan BN,AMK KULIM BB tetap akan membantu di dalam berkempen untuk memenangkan calon PKR DR MANSOR OSMAN.Berapa ramai calon bebas sekali pun PKR tidak akan gentar dan goyah,malah bukti sudah jelas ketika PRK BUKIT SELAMBAU calon bebas HILANG WANG PERTARUHAN atau hilang deposit.Kepada individu yang berhajat menjadi calon bebas,sudahlah sila berpijak di bumi yang nyata.LAWAN TETAP LAWAN

Tuesday, May 12, 2009

HARGA MINYAK PETROL AKAN DI NAIKKAN

Petrol akan naik minima RM0.05 sen seliter, tetapi kali ini kenaikan harga petrol akan dibuat secara cukup licik.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter.

Dua stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya akan mula menjual minyak petrol RON95 hari ini dan esok diikuti negeri-negeri lain secara berperingkat-peringkat.Ia dilancarkan oleh Menteri berkenaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, demikian menurut Utusan.Apabila dilancarkan sepenuhnya pada 1 Septermber, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.

Dan mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.Ketika harga petrol mencecah dasar rendah kerajaan tak nak turunkan harga kononya kerana tidak mahu mengganggu pasaran tetapi dalam senyap harga minyak ingin dinaikkan pula.....

Monday, May 11, 2009

MB PERAK YANG SAH


NIZAR MB YANG SAH Ini keputusan dari Mahkamah Timnggi.Nizar menteri besar sah PerakMahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu

Thursday, May 7, 2009

AMK KULIM BANDAR BHARU MENGUTUK TINDAKKAN BARISAN NASIONAL

AMK KULIM BANDAR BHARU hari ini merasakan terpanggil untuk membuat kenyataan mengutuk apa yang berlaku di DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK pagi tadi.Ia memperlihatkan kerakusan BN untuk merampas kuasa dan melantik seorang SPEAKER HARAM.Perlantikkan SPEAKER DUN PERAK YANG BARU adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana SPEAKER YAB V SIVAKUMAR tidak meletakkan jawatan.Ini bertentangan dengan apa yang di laungkan oleh PM MALAYSIA KE 6 untuk membuat perubahan.

Selain itu tindakkan POLIS dan SU NEGERI PERAK campur tangan amat di kesali.Sebuah dewan yang mulia telah di cemari oleh taktik dan perancangan yang jijik demi mendapatkan kuasa secara HARAM.Sebagai anak muda kami merasakan MB HARAM PERAK MENIPU DIRI SENDIRI, mengatakan bahawa PAKATAN RAKYAT tak tahu undang-undang dan ikut hukum rimba.Kita sedia maklum bahawa BARISAN NASIONAL yang sebenarnya tidak mengikut peraturan,perlembagaan dan UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK.

Satu lipatan sejarah berlaku pada 7 MEI 2009 akan terus di kenang untuk di jadikan pengajaran dan iktibar kepada generasi akan datang.

AMK KULIM BB

ANTARA YANG DI TAHAN PAGI TADI






















Tuesday, May 5, 2009

HOT HOT

IPOH: Salah seorang penyelaras Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, yang dipercayai terlibat dalam gerakan baju hitam menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Perak Khamis ini, ditahan di bawah Akta Hasutan malam tadi.
Peguamnya, Edmund Bon ketika dihubungi mengesahkan anak guamannya ditahan kira-kira pukul 7.45 malam tadi di rumahnya di Kuala Lumpur.

"Saya dimaklumkan dia ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan tetapi jenis kesalahan tidak diketahui. Wong telah dibawa ke Bukit Aman (untuk siasatan) dan sehingga sekarang (9.30 malam), saya belum dapat menemuinya," kata beliau.

Difahamkan polis bertindak atas aduan yang dibuat terhadap Wong.
Polis juga telah merampas komputer milik Wong yang juga penulis bebas dan ahli akademik pusat pengajian tinggi swasta.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman (JSJK), Datuk Koh Hong Sun mengesahkan Wong ditahan untuk membantu siasatan.
"Kami akan menyoal siasat (Wong) untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami juga sedang mengenalpasti sama ada dia yang mengedarkan SMS tersebut diedarkan olehnya (Wong),"katanya ketika dihubungi The Star hari ini.

Wong dipercayai telah dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Bukit Perdana.
Penahanan Wong dipercayai berkaitan dengan satu sidang media yang telah diadakan oleh Bersih hari ini.

Bersih dipercayai merancang untuk mengadakan perhimpunan protes baju hitam menjelang sidang DUN Perak yang bermula Khamis ini di sini.
Ia merupakan sidang pertama sejak tercetusnya krisis politik Perak Februari lalu.
Krisis itu membawa kepada peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.

sumber mStar

SEKADAR HIBURAN

Didalam sebuah keretapi yang sedang menuju ke Seremban, empat orang penumpang yang datangnya dari Malaysia, Bangladesh, Cuba, dan America sedang berborak pasal negara mereka. tiba-tiba si American keluarkan duitdollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnyarokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah siorang Cuba tadi "Why you do that for?".Dengan selamba mat salleh tumenjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".Tercengganglah masing-masing.

Belum habis tercenggang..si Cuba ni puntiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yangtermahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus diamembuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata americantadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".Terkejutlah si Malaysian dibuatnya.

si Malaysian tak nak kalah .di tangkapBangla yang duduk disebelahnya tu dan terus campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi dia pun cakap ,"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLA IN MY COUNTRY"

Saturday, May 2, 2009

PERUTUSAN HARI KEBEBASAN MEDIA

Pincanglah demokrasi sekiranya salah satu dari sendi utamanya iaitu kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara di cengkam atau dikawal oleh penguasa. Lebih mengecewakan kita adanya sesegelintir dari pengusaha dan pengarang akhbar menggadaikan prinsip demi keuntungan peribadi lalu membiarkan diri dikawal pemerintah.

Namun kita menyaksikan di mana-mana di dunia ini pasti ada mereka yang berani untuk tetap teguh melawan segala bentuk halangan ciptaan pemerintah bagi menyekat hak untuk menyalurkan maklumat tepat kepada rakyat. Kepada editor, jurugambar, wartawan serta komuniti akhbar pemberani ini kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan salut kerana jasa juga pengorbanan mereka.

Hari ini Pakatan Rakyat ingin mengulangi iltizam kami terhadap kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat.
ANWAR IBRAHIM