Monday, November 16, 2009

TAKHZIAH

Pada pagi tadi(17 NOV) AMK KULIM BB menerima berita yang mendukacitakan apabila ibu kepada MOHD ZUHAIRI B.KHAMIS(MAT PENDANG) yang merupakan TIMBALAN KETUA AMK PENDANG meninggal dunia.Kami seluruh warga AMK KEDAH mengucapkan takhziah di atas pemergian tersebut.Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang yang beriman

ALFATIHAH

Sunday, October 18, 2009

BALASUNGKAWA

Sebentar tadi ibu kepada KETUA AMK KEDAH SAIFUL IZHAM RAMLI telah kembali ke rahmatullah,jenazah kini berada di rumah keluarga beliau di TAMAN PERUDA SG PETANI.Kami seluruh AJK AMK KEDAH mengucapkan takhziah di atas pemergian ibu saiful.Jenazah akan di kebumikan selepas solat asar

AL FATIHAH

Friday, October 16, 2009

HAPPY DEEPAVALI


Selamat Menyambut Hari Deepavali di ucapkan kepada seluruh penganut agama hindu di seluruh MALAYSIA.

Saturday, September 19, 2009

AMK KULIM BB MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA


AMK KULIM BANDAR BHARU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

Sunday, September 13, 2009

AMK KULIM BB DI DUN ANAK BUKIT











AMK KULIM BB berkesempatan bersama-sama AMK KEDAH menjalankan program jejak fakir di kawasan PARLIMEN KUALA KEDAH.AMK KULIM BB di tugaskan untuk memberi bantuan di dalam DUN ANAK BUKIT.Program bermula jam 4 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang,penyumbang terdiri daripada KETUA AMK KEDAH SAIFUL IZHAM RAMLI dan juga AMK KEDAH.Kami AMK KULIM BB merasa berbesar hati apabila turut serta di dalam program seperti ini dan tahun lepas juga ia telah di adakan di sedim dalam PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU,kali ini KUALA KEDAH menjadi pilihan program jejak fakir pada tahun 2009.Tahniah dan syabas kepada AMK yang turut serta menjayakan program tersebut.

Friday, September 4, 2009

ADUN BAGAN PINANG MENINGGAL DUNIA


ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.
Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).
Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.
Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.
Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

Wednesday, September 2, 2009

KETUA AMK KEDAH DI ASTRO AWANI MALAM INI..


DEBAT SUDUT PANDANG DI ASTRO AWANI SALURAN 501,JAM 9.30 MALAM INI,DEBAT BERTAJUK'BAIKI JAMBATAN PERPADUAN & ROBOHKAN DINDING PEMISAH UNTUK HIDUP HARMONI'WAKIL PKR SAIFUL IZHAM RAMLI(KETUA AMK KEDAH).

Friday, August 28, 2009

PKR KUTUK TINDAKKAN KUMPULAN MENGHINA AGAMA HINDU

Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.
Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.
Keadilan menegaskan bahawa tiada anggota dari Parti Keadilan Rakyat yang terlibat mahupun dibenarkan untuk menyertai protes seperti ini.Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.
Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.
Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.
Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.
Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Latheefa Koya
Ketua PeneranganParti Keadilan Rakyat

Tuesday, August 25, 2009

KENYATAAN MEDIA DSAI

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran atas kemenangan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir hari ini.Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan UMNO-BN yang memecahbelahkan.Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil yang tetap bersabar mengharungi kepayahan dalam bulan Ramadhan ini. Kepada YB Tuan Haji Salleh Bin Man, tahniah diucapkan atas kejayaan ini. Maka bermulalah tugas untuk menunaikan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat.Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, juga hasrat mereka yang sentiasa bergelora mahukan Perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua PembangkangDewan Rakyat Malaysia

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT BERPUASA


AMK KULIM BANDAR BHARU mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh rakyat MALAYSIA yang beragama islam.

Friday, August 14, 2009

SALLEH MAN PILIHAN PAS


Ustaz Salleh Man Pesuruh Jaya PAS Pulau Pinang menjadi pilihan bagi PAS untuk menjadi calon menentang Rohaizat Othman dari BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Permatang Pasir.

PRK tersebut diadakan kerana kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan tersebut.

Permatang Pasir adalah DUN yang terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Pada pilihan raya umum (PRU) 8 Mac lalu kerusi tersebut telah dimenangi oleh calon dari PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Pemilihannya sebagai calon diumumkan oleh Haji Hadi Presiden PAS di sebuah majlis di Permatang Pasir,

Sunday, August 9, 2009

KENYATAAN AMK.

Kenyataan MediaAngkatan Muda Keadilan Malaysia9 Ogos 2009Polemik 'Pengkhianat Melayu': Petanda Pilihanraya Umum Bakal Menjelang.Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu 'Pengkhianat Melayu' mutakhir ini. Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan Umno khususnya disebar luas melalui media-media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya.Berdasarkan kepada analisis trend, AMK yakin dan percaya bahawa strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat. Dan ini juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang dijadualkan akan diumum oleh SPR esok, 10 Ogos 2009.Polemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri Najib yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara gentleman dan terbuka. AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib termasuklah pendedahan isu skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-MANSUH ISA yang diadakan pada 1 Ogos 2009 lepas di mana berjaya mengumpulkan seramai puluhan ribu rakyat.Label pengkhianat berterusan dicop ke atas batang tubuh Datuk Seri Anwar bertujuan sebagai satu kaedah pembunuhan karakter ke atas imej Datuk Seri Anwar, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Tuan Guru Nik Abdul Aziz sempena Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai yang lepas. Tetapi kaedah serangan karakter yang begitu agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat. Untuk rekod, serangan bertalu-talu terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihanraya umum yang lalu di mana ternyata strategi UMNO/BN telah memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat !Bukanlah sukar untuk mengenal siapa pengkhianat Melayu. - Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?- Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?- Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?- Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?- Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?- Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?- Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?Soalan-soalan ini jika dijawab hanya akan disimpulkan dengan satu jawapan, iaitu Umno.AMK percaya apa yang berlaku kini bukanlah masyarakat Melayu yang berada di persimpangan, sebaliknya Umnolah yang berada di persimpangan: samada berubah ataupun rebah di tangan rakyat.Tidak timbul soal Melayu berpecah, sebaliknya yang berlaku ialah peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada Umno kepada Pakatan Rakyat.AMK menyarankan agar Umno bertaubat daripada memainkan sentimen perkauman yang dahsyat ini. Hakikat menunjukkan bahawa Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu tidak mudah lupa dan tidak akan lupa dengan segala penyelewengan dan politik adu-domba tajaan Umno yang kini semakin nazak dan gusar untuk berhadapan dengan rakyat.Shamsul Iskandar Mohd AkinKetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

Thursday, August 6, 2009

Orang Melayu bersatu menegakkan keadilan menentang kezaliman

Apabila terdesak, ada yang sanggup berbuat apa sahaja kendatipun tindakan itu merupakan fitnah melampau dan memperlihatkan kerendahan akal budi. Demikian mahu diperalatkan, maka ada yang sanggup negara ini hangus dibakar api kebencian. Keterdesakan melihat kemaraan rakyat, bersama agenda Perubahan, muslihat jahat mengapi-apikan sentimen perkauman sempit ditiupkan.
Biarlah hatta pembohongan itu menzalimi sesama manusia asalkan umno-bn kekal berkuasa. Momokan disebarkan kononnya orang Melayu diperalatkan oleh Pakatan Rakyat demi kelansungan perjuangan. Alasan yang diberikan kerana orang Melayu turun beramai-ramai menyertai perhimpunan aman untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Saya dengan rasa rendah hati dan bukan kepalang gembira serta bangga mengakui hakikat sememangnya orang Melayu berduyun-duyun menyertai perhimpunan aman bersama Pakatan Rakyat menzahirkan kebencian mereka kepada kezaliman dan ketidakadilan. Memang benar puluhan ribu orang Melayu bersatu mahukan ISA dimansuhkan. Memang benar laungan Takbir berselang seli dengan Hidup Rakyat dan Reformasi.
Pada hari yang bersejarah itu orang Melayu bersama-sama rakan-rakan mereka, kaum Cina, India, Iban dan Kadazan serta seluruh rakyat Malaysia melafazkan talkin untuk kezaliman, penindasan serta kebencian. Upaya untuk mengelirukan rakyat dengan taktik pecah dan perintah adalah usaha lapok yang sudah mamah dimakan zaman.
ANWAR IBRAHIM

Sunday, July 26, 2009

AMK KULIM BB DI NIBONG TEBAL











AMK KULIM BB bersama UNIT EHSAN PULAU PINANG telah berganding bahu menjayakan program ceramah perdana melibatkan DATO' SERI ANEAR IBRAHIM,DATUK CHUA JUI MENG dan berberapa pimpianan PKR PUSAT antaranya CHEGUBARD.Program di adakan di TAMAN ILMU NIBONG TEBAL mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat,hampir 5000 orang hadir mendengar ceramah tersebut.AMK KULIM BB merasakan cukup berbangga kerana di jemput membantu menjayakan program tersebut.

Thursday, July 23, 2009

KETUA AMK KEDAH DI ASTRO AWANI MALAM INI..


PROGRAM DEBAT SUDUT PANDANG PADA PUKUL 9.20 MALAM INI,PROGRAM BERTAJUK "MENANGANI PENGGANAS DAN KEGANASAN MELALUI KEMPIMPINAN POLITIK"TETAMU JEMPUTAN SAUDARA SAIFUL IZHAM RAMLI(MPP PUSAT PKR,KETUA AMK KEDAH).SEMENTARA ITU WAKIL DARIPADA UMNO AKAN TURUT SERTA DI DALAM PROGRAM TERSEBUT.

Thursday, July 16, 2009

SU POLITIK EXCO KERAJAAN SELANGOR MATI


Hari ini terjadi suatu tragedi yang menggemparkan berlaku, apabila SU POLITIK EXCO KERAJAAN SELANGOR iaitu TAN BENG HOCK 30 di temui mati di atas bumbung bangunan SPRM SELANGOR.Kejadian ini sememangnya mengejutkan banyak pihak.


AMK KULIM BANDAR BHARU mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mendiang TAN BENG HOCK.

Wednesday, July 15, 2009

AMK KEDAH MENYERU CHOR CHEE HEUNG


AMK Kedah menyeru Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan dan MP di Alor Setar supaya mempertimbangkan sebagai satu “National Duty” untuk tampil ke hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan membantu PAC untuk menuntut balik berjuta-juta want pembayar cukai dalam penyiasatan mereka ke dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).Adalah dilaporkan dalam suratkhabar “Star” hari ini bahawa Dr Ling Liong Sik dan Ong Tee Keat telah dipanggil untuk hadir ke PAC untuk memberi keterangan dalam penyiasatan berkaitan dengan skandal PKFZ.

Suratkhabar tersebut juga melaporkan bahawa ia telah dimaklumkan oleh Chor Chee Heung bahawa dia tidak menerima sebarang notis untuk menampil diri di PAC.Adalah juga dilaporkan bahawa Chor Chee Heung telah menafikan wujudnya sebarang percanggahan kepentingan semasa beliau menerima tugas sebagai pengerusi PKA pada 2007dan dia telah menerima tugasnya sebagai satu “National Duty”.Pemuda PKR Kedah telah pada 31.5.2009 menyeru kepada Chor Chee Heung untuk memikul ketidaksalahan beliau secara umum apabila beliau menganggap dirinya sebagai tidak melakukan sebarang kesalahan dalam Skandal PKFZ dan bukan secara di belakang pintu tertutup kepada bos-bos politik beliau, Najib dan Ong Tee Keat.

Sekarang munculnya satu lagi peluang untuk Chor Chee Heung secara sukarela untuk memikul “National Duty” dengan menampilkan diri di hadapan PAC dalam siasatan mereka supaya membantu Jawatankuasa tersebut untuk menyelamatkan berjuta-juta wang pembayar cukai.Chor Chee Heung bukanlah orang asing kepada PKA ataupun projek PKFZ. Beliau merupakan Setiausaha Parlimen dalam Kementerian Pengangkutan pada 1995, Pengerusi PKA dari April 2007 hingga Mac 2008 apabila kerajaan pusat memberi pinjaman kontroversi RM4.6 Bilion kepada PKA, dan juga sebagai Naib Pengerusi Wijaya Baru Global Bhd dari April 2004 hingga Julai 2007, syarikat yang dikaitkan dengan Kuala Dimensi, iaitu kontraktor utama projek PKFZ.

Chor Chee Heung, selain daripada menyakinkan ketidaksalahan beliau dalam skandal PKFZ di hadapan PAC, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa ini bukanlah forum yang paling ideal, tetapi sekurang-kurangnya prosidingnya akan direkodkan secara awam untuk generasi yang akan datang - Beliau seharusnya mengambil kesempatan ini secara sukarela untuk memberi maklumat yang dia arif tentang PKFZ bagi membantu PAC dalam siasatan mereka supaya wang berjuta-juta pembayar cukai dapat diselamatkan.

Gooi Hsiao LeungKedah PKR
State Committee MemberKedah PKR
youth Deputy Cheif

Tuesday, July 14, 2009

TAHNIAH ABG UJI

AMK KULIM BB mengucapkan syabas kepada seluruh pengundi Manek Urai kerana memastikan kemenangan manis buat Pas dan Pakatan Rakyat. Tidak disangkal lagi, sungguhpun dihambur dengan segala macam ugutan oleh pimpinan tertinggi negara dan tidak kurang yang menabur janji pembangunan, rakyat tetap menolak kepimpinan Dato’ Sri Najib. Manek Urai yang majoriti pengundinya terdiri dari orang Melayu menjadi saksi penolakan umno yang sering mendabik dada sebagai pelindung umat Melayu.

Rakyat disogok dalam masa beberapa ketika ini oleh media umno-bn akan kejayaan kepimpinan baru. Masih terikat dengan gelagat lama, digembar gemburkan, kononnya kejayaan kepada seluruh pelusuk demi menarik hati rakyat. Umno-bn masih tidak sedar bahawa usaha memperbodohkan rakyat tidak akan berhasil. Rakyat sedar bahawa pilihan mereka penting buat menentukan hala tuju negara dan oleh itu hari ini mereka memilih untuk bersama dengan Pakatan Rakyat demi melaksanakan Perubahan.

AMK KULIM BB mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah kepada YB Fauzi, seluruh jentera pilihanraya dan kepimpinan Kelantan, terutamanya YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Monday, July 13, 2009

AMK KULIM BANDAR BHARU BERSAMA UNIT EHSAN





























Pada 10 hb JULY 2009 AMK KULIM BANDAR BHARU telah menyertai JAMBORI JATI DIRI UNIT EHSAN MALAYSIA.Program tersebut di adakan di KEDIAMAN VIP KERAJAAN PULAU PINANG BATU FERINGGI.Ia bertujuan untuk melancarkan UNIT EHSAN KEDAH,PERAK dan NEGERI SEMBILAN.Bermulany program sebelah petang dan berakhir pada tengah hari 11 HB JULY 2009.
Antara tetamu kehormat yang hadir adalah KETUA AMK KEDAH SAIFUL IZHAM RAMLI,YB ABD MALEK KASSIM(ADUN BATU MAUNG),YB HALIM HUSIN(SPEAKER DUN PULAU PINANG) dan YB ONG CHE WENG(ADUN BUKIT TENGAH).Ini merupakan program UNIT EHSAN yang pertama kali di adakan dengan menggabungkan 4 negeri di dalam mejayakan program tersebut.Terima kasih di ucapakan kepada AMK KULIM BANDAR BHARU yang hadir dari jauh meramaikan program kali ini.Kepada yang tidak hadir semestinya rugi,kenapa rugi?sebabnya bessttttttttt.

Saturday, July 11, 2009

BALASUNGKAWA

Bekas PENGERUSI PERHUBUNGAN PKR KEDAH HJ MOKHTAR MANSUR telah kembali rahmatullah semalam.Beliau di antara perintis PKR KEDAH dan PKN KEDAH.Takziah di ucapkan kepada seluruh keluaga beliau semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....AL-FATIHAH

Sunday, July 5, 2009

AMK LANCAR 'KEJAM'

Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi secara jelas dan terang menggambarkan usaha berterusan Umno-BN untuk memastikan kemaraan rakyat di bawah Pakatan Rakyat terhalang.
Setelah pelbagai usaha jahat dan kotor untuk mengganggu gugat kestabilan Pakatan Rakyat menemui jalan buntu, maka klimaks kepada usaha ini terlihat melalui perbicaraan mahkamah ke atas konspirasi kedua yang dipalitkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pembuktian bagaimana usaha terancang yang melibatkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara – ironinya keduanya adalah institusi besar di dalam perjalanan kes ini – sebermula konspirasi tahun 1998 dahulu, ditolak mentah oleh Mahkamah Rayuan.Justeru hari ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), secara rasminya melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM).
KEJAM tidak ditubuhkan semata-mata berasaskan sentimen politik, tetapi bersandarkan kepada fakta perundangan yang bersifat imperikal yang secara langsung membuktikan bahawa konspirasi kes liwat kedua ini adalah satu usaha politik kotor dan terdesak oleh Umno-BN.Pembuktian demi pembuktian telahpun dikemuka dan diperoleh, namun perencanaan jahat ini kelihatan berupaya menghasilkan keputusan yang memenangkan mereka dengan kerjasama daripada institusi perundangan dan polis yang telahpun membuktikan profesionalisme yang mencurigakan sepanjang proses penyiasataan dan perbicaraan awal kes ini berjalan.
KEJAM akan menggerakkan usaha menyatakan solidariti ke atas Datuk Seri Anwar, dan akan menyebarluas fakta-fakta dan bukti-bukti alibi yang sekaligus membuktikan bahawa konspirasi ini tidak lain hanyalah satu usaha mengekang kemaraan rakyat yang semakin hari semakin menolak Umno-BN.
AMK yakin dan percaya bahawa usaha kotor ini akan menemui kegagalan di tangan rakyat, malah impaknya akan lebih memberi kesan kepada Umno-BN, selagi mana mereka terus dijangkiti sindrom penafian bahawa rakyat semakin muak dan jelak ke atas konspirasi jahat ini.Rakyat semakin celik dengan kebenaran, dan rakyat akan terus jelek untuk menelan ‘operasi pembodohan’ yang dijalankan Umno-BN secara berterusan.

SEKITAR PENAMAAN CALON PRK MANEK URAI
















Sunday, June 28, 2009

CALON BN DI PRK MANEK URAI


Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilhan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pusat Operasi BN manek Urai, sebentar tadi.Awal-awal lagi nampaknya UMNO bakal menghadapi tentangan dari ahli-ahli partinya sendiri dimana calon pilihan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Che Jalal Muda telah dicicirkan.Sementara hasrat Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krai Rohani Majid untuk menjadi calon turut berkecai.PAS menampilkan Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan yang terkenal di Kuala Krai.Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai

MEMORANDUM PEMUDA PAKATAN RAKYAT SUPAYA MENGUGURKAN PERTUDUHAN LIWAT TERHADAP DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

MEMORANDUM PEMUDA PAKATAN RAKYAT
26 Jun 2009
Y.Bhg. Dato' Mohd. Yusof Bin Hj. Zainal Abiden
Peguamcara Negara II
Jabatan Peguam Negara
MALAYSIA.
Y.Bhg. Dato'

MEMORANDUM SUPAYA PERTUDUHAN JENAYAH LIWAT KEDUA TERHADAP YB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM DIGUGURKAN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan kes yang telah ditetapkan untuk dibicarakan pada 8hb Julai 2009 adalah berkaitan.

1. Untuk makluman Y.Bhg. Dato', pihak Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius terhadap pertuduhan liwat yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim untuk kali yang kedua berikutan dengan pendedahan mengenai laporan perubatan oleh seorang doktor dari PUSRAWI dan 3 orang Pakar Hospital Besar Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan fizikal yang dilakukan terhadap si pengadu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah didapati TIADA BUKTI YANG MENUNJUKKAN BERLAKU TUSUKAN (PENETRATION) SECARA KLINIKAL DAN KONKLUSIF PADA DUBUR SI PENGADU yang boleh mensabitkan atau membuktikan bahawa kejadian liwat seperti yang didakwa telah berlaku.

2. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa segala pertuduhan yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim ini merupakan satu perancangan konspirasi politik oleh pihak tertentu yang menyedari bahawa kekuasaan mereka selama ini telah tergugat sebaik sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu diumumkan. Perancangan konspirasi liwat ini adalah merupakan satu alternatif bagi pihak tersebut untuk memastikan kemaraan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di arus perdana politik dapat dihancurkan dan dengan pertuduhan ini ia akan dapat memburukkan kredibiliti YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di mata rakyat Malaysia dan dunia.

3. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato' telah di arahkan oleh Peguam Negara Malaysia untuk mengetuai barisan kumpulan Pendakwaan yang akan mengendalikan kes ini kelak dengan tujuan untuk menyabitkan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dalam apa keadaan sekali pun (at all cost). Pihak Pemuda Pakatan Rakyat juga percaya bahawa Y.Bhg. Dato' telah diberikan arahan dan harapan yang tinggi oleh pihak tertentu untuk memastikan agar YB Dato’ SeriAnwar Bin Ibrahim akan disabitkan di dalam kes liwat ini selepas KEGAGALAN pihak Pendakwaan yang dikepalai oleh Peguam Negara Malaysia pada tahun 1998.

4. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat ingin memohon supaya Y.Bhg. Dato' untuk MENGGUGURKAN pertuduhan ini berdasarkan kepada laporan perubatan yang dinyatakan di atas dan memohon supaya Y.Bhg. Dato' tidak sesekali tunduk kepada mana-mana arahan atau tekanan supaya kes ini diteruskan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Peguam Negara Malaysia selama ini. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato’ sebagai seorang Timbalan Pendakwaraya Kanan yang sangat berpengalaman dan dihormati oleh pendukung keadilan untuk memastikan Jabatan Peguam Negara tidak terus diperkudakan oleh pihak tertentu bagi maksud memenuhi tuntutan nafsu mereka yang ingin terus berkuasa walaupun semakin ramai rakyat negara ini kian kuat menolak mereka.

5. Adalah besar harapan rakyat Malaysia supaya Y.Bhg. Dato' untuk mengembalikan semula imej cemerlang Jabatan Peguam Negara sebelum Tan Sri Abdul Gani Patail dilantik menjadi Peguam Negara Malaysia hasil habuan dari kerajaan selepas usaha beliau dengan dibantu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bagi memastikan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dipenjarakan dalam kes sebelum ini.

6. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat yakin bahawa sekiranya Y.Bhg. Dato' memilih untuk tidak meneruskan pertuduhan ini dan seterusnya tidak dipergunakan oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara Malaysia, maka tindakan Y.Bhg. Dato tersebut akan disokong oleh semua rakyat Malaysia yang telah marah dan berasa jijik dengan sikap yang diamalkan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan yang membiarkan institusi di bawah jagaan mereka dilacurkan demi kepentingan pangkat yang di sandang oleh mereka.

7. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat berharap agar gesaan dan desakan kami dipandang serius, demi memartabatkan akauntabiliti dan integriti negara Malaysia yang tercinta ke arah menzahirkan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan buat semua rakyat Malaysia.”PULIHKAN KREDIBILITI INSTITUSI KEHAKIMAN: GUGURKAN DAKWAAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM”

Yang Benar,
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia
NASRUDIN HASSAN TANTAWI
KetuaDewan Pemuda PAS Pusat
YB LOKE SIEW FOOK
KetuaPemuda Sosialis DAP

Monday, June 22, 2009

RANTING BERTAMBAH DI PERLIS

PKR Perlis berjaya menubuhkan 21 cawangan baru menjadikan jumlah kesemuanya 26 setakat ini, kata pengerusi perhubungannya Johari Shafie.
Beliau berkata, bahagian-bahagian Kangar dan Padang Besar masing-masing 10 cawangan baru, sementara satu cawangan dibuka di Arau.

“Kami juga ingin mengumumkan kemasukan 52 ahli baru termasuk bekas pengarah jabatan Pelajaran Perlis, Zakaria Jap dan Dr Suraya Sudin, bekas AJK Wanita Umno bahagian Kangar.

Kedua-dua mereka turut menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PKR kepada ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam satu majlis di Kangar, Sabtu lalu, kata Johari ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, PKR juga akan cuba menggerakkan semula enam cawangan parti yang ketika ini tidak aktif.

Menurut Johari, PKR Perlus telah melakukan rombakan terhadap kepimpinan parti peringkat negeri tetapi tidak boleh mengumumkannya kerana belum mendapat kelulusan pucuk pimpinan PKR. -Malaysiakini.com

PAKATAN RAKYAT TOLAK IDEA KERAJAAN PERPADUAN

KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

22 Jun 2009- Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
YB Lim Kit Siang

Monday, June 15, 2009

Nizar Dan Empat Lagi Digantung Dari Parlimen Dua Hari

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia menggantung Ahli Parlimen Nizar Jamaluddin dan empat ahli Parlimen lain daripada Parlimen dua hari kerana kononnya melanggar kod baju Dewan Rakyat.

Nizar dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Koo Ham (DAP-Pantai Remis) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) di halau dari Parlimen kerana memakai lilitan bubar DUN Perak.

Nizar cuba membawa bahas mengenai kemelutu politik Perak ke dewan tertinggi demokrasi di negara ini setelah menangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.
“Ketika mengangkat sumpah, saya berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan. Demikian itu saya memitna izin dari Speaker untuk memaklumkan kepada Dewan berkenaan isu Perlembagaan yang dipinggir di Perak,” kata Nizar.

Nizar bagaimanapun tidak diberi peluang itu kerana diarahkan keluar Dewan oleh Pandikar bersama empat Ahli Parlimen lain.
Pandikar berkata kesemua mereka di gantung dua hari atas kesalahan melanggar kod pemakaian Dewan Rakyat.

Mengulas kejadian itu, Ketua Pembangkang Anwar (PKR-Permatang Pauh) berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan Pandikar, mendesak arahan itu dipertimbang semula.

Beliau menjelaskan Dewan Rakyat perlu mendengar penjelasan Krisis Perlembagaan Perak kerana institusi Parlimen adalah mercu dewan-dewan legislatif negara ini.
“Kita dapat lihat bagaimana Dewan Undangan Negeri dilanggar, serta kekerasan yang dilalui oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Kes-kes ini perlu diberi perhatian serius oleh Dewan Rakyat,” kata Anwar.

“Tidak ada bezanya proses Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Perak. Dewan perlu mendengar penjelasan dan membahaskan isu ini,” kata Anwar.
Beliau kesal kelima-lima wakil rakyat lantang itu digantung dua hari atas alasan kod pemakian, sedangkan isu yang di bawa adalah serius dan menjurus kepada pencabulan proses legislatif negara ini.

“Buat masa sekarang, kita mahu mengadakan pertemuan dengan Speaker supaya beliau mempertimbang semula keputusan menggantung lima wakil rakyat Pakatan, dan membolehkan mereka kembali ke Dewan,” tegas Anwar.

Saturday, June 13, 2009

PINDAAN PERLEMBAGAAN PKR


Cadangan pindaan perlembagaan PKR telah menimbulkan kegusaran di kalangan penyokong parti itu yang bimbang ia "dirampas kumpulan lawan dan pihak oportunis", kata Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail


Perubahan ini memang besar dan nampak mendadak. Justeru, saya tidak salahkan tuan-tuan yang mungkin berasa gusar dan bimbang."Banyak yang telah diperkatakan, mungkin parti akan dirampas kumpulan lawan dan kumpulan oportunis. Mungkin parti akan hilang agenda perjuangan asal dan banyak lagi," kata Wan Azizah.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam kongres khas parti itu - bagi meminda perlembagaannya - di Bangi pagi ini.Azizah meminta anggota PKR menerima cadangan itu kerana anggota parti itu membuat pindaan yang lebih besar sebelum ini apabila bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).


Menurutnya, penggabungan itu melibatkan pelbagai perubahan termasuklah nama, simbol dan bendera parti."Kegusaran memuncak takut parti kita hilang semangat perjuangan asal, hilang identiti dan lebih dahsyat lagi, takut-takut kalau saya diketepikan oleh Presiden Parti Rakyat ketika itu Dr Syed Husin Ali. Bincang tujuh pindaan"Biar saya nyatakan ini secara berterus terang hari ini. Ramai yang gusar ketika itu kerana kita tidak mengenali Dr Syed dan kita membuat andaian berdasarkan situasi ketika itu, dan apa yang digambarkan pemerintah terhadap mereka.


"Yang penting semuanya sayangkan parti," katanya.Kira-kira 1,000 perwakilan bersidang di kongres khas PKR hari ini bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu.Pindaan tersebut ialah menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.


Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri..


Mengulas perkara itu, Wan Azizah berharap pindaan perlembagaan yang dibentangkan naib presidennya, Sivarasa Rasiah mampu "hmenghapuskan bibit-bibit politik wang dari mula berputik" di dalam part itu.




TAKZIAH

Hari ini 13 hb jun 2009 bapa kepada saudara RAHIM( naib ketua AMK KULIM BB) telah pulang ke rahmatullah.Bapa saudara RAHIM menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 pagi di rumah beliau sendiri di RELAU BANDAR BAHRU.Di fahamkan umur bapa saudara RAHIM 88 TAHUN dan di percayai meninggal dunia akibat sakit tua.SELURUH AMK KULIM BANDAR BHARU MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUAR SAUDARA RAHIM.SEMOGA ROH BELIAU DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH.AL-FATIHAH

Wednesday, June 10, 2009

KENYATAAN MEDIA DSAI

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Monday, June 1, 2009

TAHNIAH KEPADA SEMUA PETUGAS PRK PENANTI


Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus memenangkan calon PKR DR MANSOR OSMAN.MAJORITI BESAR 5558 dapat di kekalkan dan penguasaan PKR dalam DUN PENANTI kekal MILIK PR.SYABAS KEPADA SEMUA PETUGAS

Monday, May 18, 2009

BN KECUNDANG SEBELUM BERTEMPUR

BN telah membuat keputusan bahawa tidak akan meletakkan calon di dalam PRK PENANTI pada 31 MEI 2009,Keputusan ini semestinya menjadi berita sedih kepa UMNO PERMATANG PAUH,mereka semestinya bersedih dengan keputusan ini di sebabkan tiada peruntukkan untuk di berikan kepada mereka.Bukan setakat UMNO tetapi PARTI-PARTI komponen BN yang lain di PULAU PINANG akan mengaggap ini berita yang menyayatka hati.

Selepas ini CALON BEBAS akan muncul umpama cendawan di pagi hari.Apa pun keputusan BN,AMK KULIM BB tetap akan membantu di dalam berkempen untuk memenangkan calon PKR DR MANSOR OSMAN.Berapa ramai calon bebas sekali pun PKR tidak akan gentar dan goyah,malah bukti sudah jelas ketika PRK BUKIT SELAMBAU calon bebas HILANG WANG PERTARUHAN atau hilang deposit.Kepada individu yang berhajat menjadi calon bebas,sudahlah sila berpijak di bumi yang nyata.LAWAN TETAP LAWAN

Tuesday, May 12, 2009

HARGA MINYAK PETROL AKAN DI NAIKKAN

Petrol akan naik minima RM0.05 sen seliter, tetapi kali ini kenaikan harga petrol akan dibuat secara cukup licik.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter.

Dua stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya akan mula menjual minyak petrol RON95 hari ini dan esok diikuti negeri-negeri lain secara berperingkat-peringkat.Ia dilancarkan oleh Menteri berkenaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, demikian menurut Utusan.Apabila dilancarkan sepenuhnya pada 1 Septermber, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.

Dan mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.Ketika harga petrol mencecah dasar rendah kerajaan tak nak turunkan harga kononya kerana tidak mahu mengganggu pasaran tetapi dalam senyap harga minyak ingin dinaikkan pula.....

Monday, May 11, 2009

MB PERAK YANG SAH


NIZAR MB YANG SAH Ini keputusan dari Mahkamah Timnggi.Nizar menteri besar sah PerakMahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu

Thursday, May 7, 2009

AMK KULIM BANDAR BHARU MENGUTUK TINDAKKAN BARISAN NASIONAL

AMK KULIM BANDAR BHARU hari ini merasakan terpanggil untuk membuat kenyataan mengutuk apa yang berlaku di DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK pagi tadi.Ia memperlihatkan kerakusan BN untuk merampas kuasa dan melantik seorang SPEAKER HARAM.Perlantikkan SPEAKER DUN PERAK YANG BARU adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana SPEAKER YAB V SIVAKUMAR tidak meletakkan jawatan.Ini bertentangan dengan apa yang di laungkan oleh PM MALAYSIA KE 6 untuk membuat perubahan.

Selain itu tindakkan POLIS dan SU NEGERI PERAK campur tangan amat di kesali.Sebuah dewan yang mulia telah di cemari oleh taktik dan perancangan yang jijik demi mendapatkan kuasa secara HARAM.Sebagai anak muda kami merasakan MB HARAM PERAK MENIPU DIRI SENDIRI, mengatakan bahawa PAKATAN RAKYAT tak tahu undang-undang dan ikut hukum rimba.Kita sedia maklum bahawa BARISAN NASIONAL yang sebenarnya tidak mengikut peraturan,perlembagaan dan UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK.

Satu lipatan sejarah berlaku pada 7 MEI 2009 akan terus di kenang untuk di jadikan pengajaran dan iktibar kepada generasi akan datang.

AMK KULIM BB

ANTARA YANG DI TAHAN PAGI TADI