Monday, June 15, 2009

Nizar Dan Empat Lagi Digantung Dari Parlimen Dua Hari

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia menggantung Ahli Parlimen Nizar Jamaluddin dan empat ahli Parlimen lain daripada Parlimen dua hari kerana kononnya melanggar kod baju Dewan Rakyat.

Nizar dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Koo Ham (DAP-Pantai Remis) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) di halau dari Parlimen kerana memakai lilitan bubar DUN Perak.

Nizar cuba membawa bahas mengenai kemelutu politik Perak ke dewan tertinggi demokrasi di negara ini setelah menangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.
“Ketika mengangkat sumpah, saya berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan. Demikian itu saya memitna izin dari Speaker untuk memaklumkan kepada Dewan berkenaan isu Perlembagaan yang dipinggir di Perak,” kata Nizar.

Nizar bagaimanapun tidak diberi peluang itu kerana diarahkan keluar Dewan oleh Pandikar bersama empat Ahli Parlimen lain.
Pandikar berkata kesemua mereka di gantung dua hari atas kesalahan melanggar kod pemakaian Dewan Rakyat.

Mengulas kejadian itu, Ketua Pembangkang Anwar (PKR-Permatang Pauh) berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan Pandikar, mendesak arahan itu dipertimbang semula.

Beliau menjelaskan Dewan Rakyat perlu mendengar penjelasan Krisis Perlembagaan Perak kerana institusi Parlimen adalah mercu dewan-dewan legislatif negara ini.
“Kita dapat lihat bagaimana Dewan Undangan Negeri dilanggar, serta kekerasan yang dilalui oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Kes-kes ini perlu diberi perhatian serius oleh Dewan Rakyat,” kata Anwar.

“Tidak ada bezanya proses Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Perak. Dewan perlu mendengar penjelasan dan membahaskan isu ini,” kata Anwar.
Beliau kesal kelima-lima wakil rakyat lantang itu digantung dua hari atas alasan kod pemakian, sedangkan isu yang di bawa adalah serius dan menjurus kepada pencabulan proses legislatif negara ini.

“Buat masa sekarang, kita mahu mengadakan pertemuan dengan Speaker supaya beliau mempertimbang semula keputusan menggantung lima wakil rakyat Pakatan, dan membolehkan mereka kembali ke Dewan,” tegas Anwar.

No comments: