Friday, August 28, 2009

PKR KUTUK TINDAKKAN KUMPULAN MENGHINA AGAMA HINDU

Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.
Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.
Keadilan menegaskan bahawa tiada anggota dari Parti Keadilan Rakyat yang terlibat mahupun dibenarkan untuk menyertai protes seperti ini.Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.
Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.
Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.
Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.
Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Latheefa Koya
Ketua PeneranganParti Keadilan Rakyat

Tuesday, August 25, 2009

KENYATAAN MEDIA DSAI

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran atas kemenangan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir hari ini.Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan UMNO-BN yang memecahbelahkan.Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil yang tetap bersabar mengharungi kepayahan dalam bulan Ramadhan ini. Kepada YB Tuan Haji Salleh Bin Man, tahniah diucapkan atas kejayaan ini. Maka bermulalah tugas untuk menunaikan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat.Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, juga hasrat mereka yang sentiasa bergelora mahukan Perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua PembangkangDewan Rakyat Malaysia

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT BERPUASA


AMK KULIM BANDAR BHARU mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh rakyat MALAYSIA yang beragama islam.

Friday, August 14, 2009

SALLEH MAN PILIHAN PAS


Ustaz Salleh Man Pesuruh Jaya PAS Pulau Pinang menjadi pilihan bagi PAS untuk menjadi calon menentang Rohaizat Othman dari BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Permatang Pasir.

PRK tersebut diadakan kerana kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan tersebut.

Permatang Pasir adalah DUN yang terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh. Pada pilihan raya umum (PRU) 8 Mac lalu kerusi tersebut telah dimenangi oleh calon dari PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Pemilihannya sebagai calon diumumkan oleh Haji Hadi Presiden PAS di sebuah majlis di Permatang Pasir,

Sunday, August 9, 2009

KENYATAAN AMK.

Kenyataan MediaAngkatan Muda Keadilan Malaysia9 Ogos 2009Polemik 'Pengkhianat Melayu': Petanda Pilihanraya Umum Bakal Menjelang.Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu 'Pengkhianat Melayu' mutakhir ini. Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan Umno khususnya disebar luas melalui media-media cetak dan elektronik yang jelas bertujuan untuk memberikan impak negatif ke atas imej Ketua Umum KEADILAN, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat secara umumnya.Berdasarkan kepada analisis trend, AMK yakin dan percaya bahawa strategi ini bertujuan sebagai persediaan Pilihanraya Umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat. Dan ini juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang dijadualkan akan diumum oleh SPR esok, 10 Ogos 2009.Polemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri Najib yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara gentleman dan terbuka. AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib termasuklah pendedahan isu skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-MANSUH ISA yang diadakan pada 1 Ogos 2009 lepas di mana berjaya mengumpulkan seramai puluhan ribu rakyat.Label pengkhianat berterusan dicop ke atas batang tubuh Datuk Seri Anwar bertujuan sebagai satu kaedah pembunuhan karakter ke atas imej Datuk Seri Anwar, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Tuan Guru Nik Abdul Aziz sempena Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai yang lepas. Tetapi kaedah serangan karakter yang begitu agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat. Untuk rekod, serangan bertalu-talu terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihanraya umum yang lalu di mana ternyata strategi UMNO/BN telah memberikan kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat !Bukanlah sukar untuk mengenal siapa pengkhianat Melayu. - Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu?- Siapakah yang melacur pendidikan negara dengan pelaksanaan PPSMI yang membunuh potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?- Siapakah yang menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta seperti didedahkan oleh hubaya tertentu?- Siapakah yang menafikan hak masyarakat Melayu di negeri Kelantan dan Terengganu untuk memperolehi royalti petroleum sejak sekian lama?- Siapakah yang memecat Almarhum Datuk Ishak Baharom yang menggazetkan fatwa pengharaman penyertaan orang Melayu di dalam Pertandingan Ratu Cantik Di Selangor satu ketika dahulu?- Siapakah yang menyeleweng kuota masyarakat Melayu di dalam pengagihan kontrak-kontrak untuk kroni-kroni mereka semata?- Siapakah yang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan Persempadanan Semula kawasan Pilihanraya yang mengecilkan undi Melayu untuk tujuan kepentingan politik mereka?- Siapa pula yang satu ketika dahulu bermati-matian mahu menggugurkan nama Islam di dalam semua pertubuhan politik dan NGO satu ketika dahulu?Soalan-soalan ini jika dijawab hanya akan disimpulkan dengan satu jawapan, iaitu Umno.AMK percaya apa yang berlaku kini bukanlah masyarakat Melayu yang berada di persimpangan, sebaliknya Umnolah yang berada di persimpangan: samada berubah ataupun rebah di tangan rakyat.Tidak timbul soal Melayu berpecah, sebaliknya yang berlaku ialah peralihan sokongan masyarakat Melayu daripada Umno kepada Pakatan Rakyat.AMK menyarankan agar Umno bertaubat daripada memainkan sentimen perkauman yang dahsyat ini. Hakikat menunjukkan bahawa Rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu tidak mudah lupa dan tidak akan lupa dengan segala penyelewengan dan politik adu-domba tajaan Umno yang kini semakin nazak dan gusar untuk berhadapan dengan rakyat.Shamsul Iskandar Mohd AkinKetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

Thursday, August 6, 2009

Orang Melayu bersatu menegakkan keadilan menentang kezaliman

Apabila terdesak, ada yang sanggup berbuat apa sahaja kendatipun tindakan itu merupakan fitnah melampau dan memperlihatkan kerendahan akal budi. Demikian mahu diperalatkan, maka ada yang sanggup negara ini hangus dibakar api kebencian. Keterdesakan melihat kemaraan rakyat, bersama agenda Perubahan, muslihat jahat mengapi-apikan sentimen perkauman sempit ditiupkan.
Biarlah hatta pembohongan itu menzalimi sesama manusia asalkan umno-bn kekal berkuasa. Momokan disebarkan kononnya orang Melayu diperalatkan oleh Pakatan Rakyat demi kelansungan perjuangan. Alasan yang diberikan kerana orang Melayu turun beramai-ramai menyertai perhimpunan aman untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Saya dengan rasa rendah hati dan bukan kepalang gembira serta bangga mengakui hakikat sememangnya orang Melayu berduyun-duyun menyertai perhimpunan aman bersama Pakatan Rakyat menzahirkan kebencian mereka kepada kezaliman dan ketidakadilan. Memang benar puluhan ribu orang Melayu bersatu mahukan ISA dimansuhkan. Memang benar laungan Takbir berselang seli dengan Hidup Rakyat dan Reformasi.
Pada hari yang bersejarah itu orang Melayu bersama-sama rakan-rakan mereka, kaum Cina, India, Iban dan Kadazan serta seluruh rakyat Malaysia melafazkan talkin untuk kezaliman, penindasan serta kebencian. Upaya untuk mengelirukan rakyat dengan taktik pecah dan perintah adalah usaha lapok yang sudah mamah dimakan zaman.
ANWAR IBRAHIM