Thursday, January 15, 2009

GAMBARAN KEMPEN PRK P 036 KUALA TERENGGANU

Suasana kempen yang agak suram menyukarkan ramalan yang boleh di buat siapa yang akan menang,semuanya akan terjawab pada 17 hb jan 2009 ini.Cuaca sejuk dan tiupan angin timur mengurangkan kehangatan kempen PRK KUALA TERENGGANU,AMK KEDAH di arahkan supaya berkampung di dalam DUN BANDAR dalam pada waktu yang sama di tugaskan supaya menganjurkan ceramah setiap malam di perkarangan PPN TERENGGANU.AMK KULIM BB di wakili oleh dua individu iaitu penyelaras AMK KULIM BB saudara wan serta AJK AMK KULIM BB iaitu BOB.Penginapan AMK KULIM BB bersama AMK KEDAH iaitu di RUSILA,ia terletak di luar kawasan pilihanraya dan tidak jauh daripada BANDAR KUALA TERENGGANU.Beberapa peraturan yang di perkenalkan oleh SPR kali ini berjaya mengurangkan kemeriahan iaitu melarang menampal poster calon di kereta dan juga melarang kereta daripada mengibarkan bendera PARTI POLITIK ini semua merencatkan suasana PRK kali ini.Sememangnya pelik namun kita ikut peraturan yang tak masuk akal itu mengikut budi bicara masing2.Hari ini suatu benda yang pelik berlaku iaitu tiada sekatan jalan raya di sekitar DUN BANDAR berbeza pada hari pertama kempen banyak sekatan jalan raya di lakukan oleh pihak polis tetapi sudah 2 hari tiada sekatan jalan raya di lakukan .SEMOGA KEMENANGAN MILIK PAKATAN RAKYAT.

No comments: