Saturday, March 14, 2009

AMK KULIM BB KE KURSUS KEPIMPINAN AMK KEDAH


AMK KULIM BB telah menyertai kursus kepimpinan anjuran AMK KEDAH.AMK KULIM BB telah menghantar 7 pimpinan AMK KULIM BB untuk menghadiri kursus tersebut.Pelbagai dugaan di hadapi ketika dalam perjalanan menuju ke KEDA RESORT BENDANG MAN SIK.Segala ilmu yang di perolehi akan dijadikan bekalan untuk memantapkan AMK KULIM BB dalam pada itu untuk persiapan PRK N25 BUKIT SELAMBAU.Dari kiri SAIFUL IZHAM(KETUA AMK KEDAH)saudara SOFI JAAFAR(KETUA PENERANGAN)saudara RAZAK SUTAN(AJK AMK KULIM BB)saudara KHAIRIL(AJK AMK KULIM BB)saudara RIDHWAN(PENYELARAS AMK KULIM BB)saudara ABD RAHIM SALLEH(NAIB KETUA AMK KULIM BB)saudara MURUGEN(AJK AMK KULIM BB) dan SAUDARA HONG(BENDAHARI AMK KULIM BB).

Sunday, March 8, 2009

BUKIT SELAMBAU


Terima kasih kepada AMK KULIM BANDAR BHARU kerana membantu menjayakan program PIDATO DATO' SERI ANWAR IBRAHIM di BUKIT SELAMBAU pada 7 MAC 2009.Syabas kepada yang terlibat.

PPSMI

Tuesday, March 3, 2009

DENDA RM2000 KERANA PEMBAKARAN TERBUKA


Semenangnya cheGuBard sudah dihubungi oleh Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan untuk hadir ke Pajabat mereka untuk diambil keterangan dan tindakan lanjut kerana melakukan pembakaran terbuka. Ini merujuk kepada pembakaran dokumen rasuah di hadapan Pejabat SPRM minggu lepas.


Namun tidak pasti adakah benar akan dikenakan saman serta tidak pasti mengenai jumlahnya.Jika dirujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan sila klik sini menyatakan saman berjumlah RM2000 dikeluarkan kerana pembakaran terbuka. Dibawah undang - undang terbabit jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua duanya sekali dibawah akta kualiti alam sekitar 1974, seksyen 29A.


Haaaaa.....haaaa... dengar jumlah wang denda itu cheGuBard gelak besar... tidak menentang undang - undang alam sekitar tetapi jika membakar dokumen yang pembakaranya cuma tak sampai 3 minit kerana dipadamkan oleh jaga Kompleks Kerajaan Putrajaya dan polis berpakaian biasa boleh dikenakan denda maka tentu kerajaan Malaysia akan kaya kerana cheGuBard nak serah bukti banyak lagi pembakaran terbuka.