Thursday, April 30, 2009

PERUTUSAN HARI PEKERJA

Golongan pekerja merupakan nadi utama yang membina negara Malaysia ini. Mereka bertungkus lumus mencari rezeki dan pada masa yang sama usaha mereka itulah yang menggerakkan negara ini. Setiap cerita kejayaan negara ini yang kita saksi dengan penuh rasa bangga, maka kenanglah setiap titik keringat yang tumpah dari batang tubuh para pekerja yang berkorban untuk hasrat tersebut.

Bila datangnya 1hb Mei setiap tahun, kita mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja. Namun tahun ini kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja. Kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja. Ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik, hari ini tidak lagi bermanfaat buat mereka. Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5% tahun ini, bermakna hampir 500 000 individu akan kehilangan pekerjaan.

Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi. Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan bn pimpinan umno. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan yang sebenarnya, yang tuntas memperjuangkan hak setiap dari warganya termasuklah hak golongan pekerja. Para pekerja, ayoh bersatulah demi mencipta Perubahan!

ANWAR IBRAHIM

Wednesday, April 29, 2009

CALON PRK PENANTI

(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.
Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.
En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.

Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.
Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat

Tuesday, April 28, 2009

MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN ZAMBRY

PUTRAJAYA, 28 April (SK) : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah.Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.Hakim Mahkamah Persekutuan Alauddin Mohd Sheriff bersetuju dengan bantahan awal peguam Nizar, Sulaiman Abdullah bahawa isu tertentu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.Alauddin berkata wujud percanggahan jelas dalam keterangan yang dikemukakan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-Undang yang mewakili Zambry.

Menurut Alauddin, isu percanggahan fakta itu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.Beliau sebelum ini mendakwa bahawa Sultan dan bukan rakyat yang menentukan pihak mana harus menubuhkan kerajaan negeri

Monday, April 27, 2009

ROMBAKKAN DALAM PKR PUSAT

Pengarah Pilihanraya: YB Saifuddin Nasution

Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fauziah Saleh

Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru - YB Johari Abdul

Pengarah Strategik - YB Tian Chua

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustafa Kamil AyobTimbalan Pengerusi : Dr Tan Kee Kwong

Ketua Penerangan: Latheefa Koya

Ketua Komunikasi : Johnson Chong

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan Che Rose

Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Yusof, Sdr Paul Gadang, YB Raveentharan, Sharifah Shahidah

Pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.

Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain

PENANTI

PRK Penanti

Hari Penamaan Calon : 23hb. Mei 2009 (Sabtu)
Hari Mengundi : 31hb. Mei 2009 (Ahad)

Wednesday, April 22, 2009

JEMPUTAN KE KENDURI RAKYAT

Saya ingin menjemput semua teman-teman, tanpa mengira kaum, perbezaan fahaman politik mahupun agama untuk menghadiri satu majlis Khenduri Kesyukuran Rakyat anjuran Angkatan Muda Keadilan Kedah, Yayasan Aman dan Majlis Tindakan DUN PAS Bukit Selambau yang bertempat di perkarangan pejabat Yayasan Aman Kedah, Sungai Lalang (Bilik Gerakan AMK Kedah semasa PRK lalu) pada 24hb April ini, Jumaat, mulai jam 8 malam.
Majlis khenduri kesyukuran ini dibuat sebagai tanda terimakasih serta bagi meraikan semua petugas2 dan penyokong2 Pakatan Rakyat yang banyak membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat semasa pilihanraya kecil N25 Bukit Selambau.

Majlis yang berkonsepkan muhibbah pelbagai bangsa ini ada turut menyajikan kira2 30 jenis pelbagai juadah dari kesemua etnik bangsa utama di Kedah, iaitu Melayu, Cina, India dan Siam yang dibuat secara bergotong royong dan sumbangan bersama semua kaum bagi menunjukkan bahawa perpaduan dan keharmonian sebenar antara kaum lebih mampu dicapai dan digarap di negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya menjemput semua untuk hadir ke majlis ini yang akan dijadikan sebagai satu tradisi baru bagi membina perpaduan dan keharmonian tulen dikalangan rakyat, terutamanya untuk generasi akan datang.
Jom, mai ramai-ramai

KETUA AMK KEDAH
SAIFUL IZHAM RAMLI

CALON BEBAS

Hari ini telah di umumkan calon bebas yang akan brtanding di PRK DUN PENANTI.AMINAH adalah bekas KETUA WANITA PKR PULAU PINANG,beliau telah bertindak keluar PARTI KEADILAN RAKYAT pada tahun 2007.Calon bebas ini di percayai datang dari kumpulan yang kecewa dan tidak mendapat layanan istimewa DATO SERI ANWAR IBRAHIM.AMINAH dari kumpulan yang kecewa dan mengikut jejak langkah EZAM MAT NOOR KELUAR DARI PKR.

Bukan hanya NORHAYATI sahaja yang keluar PARTI KEADILAN RAKYAT tetapi individu lain seperti KHAIRUL ANUAR RAMLI dan pekerja-pekerja pejabat KHAIRUL sendiri.Calon bebas PRK DUN BUKIT SELAMBAU tempoh hari iaitu RADZI MAT LAZIM di antara individu yang kecewa dan terasa hati apabila DATO SERI ANWAR IBRAHIM tidak menghubungi mereka.Kini AMINAH menonjolkan diri untuk bertanding,di belakang beliau semestinya kelompok yang kecewa serta SAKIT HATI kepada PARTI KEADILAN RAKYAT.RADZI MAT LAZIM hilang wang pertaruhan ketika di PRK BUKIT SELAMBAU,adakah AMINAH INGIN IKUT JEJAK LANGKAH RADZI MAT LAZIM DAN MENERIMA NASIB YANG SAMA. RADZI MAT LAZIM MENGGUNAKAN LAMBANG KERUSI,APAKAH LAMBANG YANG AKAN DI GUNAKAN OLEH AMINAH?

Sunday, April 19, 2009

JANGAN BERDOLAK DALIH

Di sebalik pembebasan 13 tahanan ISA tempoh hari, kita dikejutkan pula dengan pendedahan Gerakan Mansuhkan ISA yang membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(SUHAKAM) bahawa tiga lagi ditahan sejak bulan lalu. Mangsa terbaru ialah Abdul Matin Anol Rahmat yang ditahan pada 1hb April 2009, dua hari sebelum Dato Najib menjawat jawatan perdana menteri. Menurut aduan GMI, ketiga-tiga mereka ditahan kerana disyaki terbabit dengan Jemaah Islamiah.

Saya tegaskan kini bukanlah masanya mendendangkan halwa telinga politik. Jika mahukan Perubahan, laksanakannya, jangan lagi berdolak dalik. Pastikan Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan dan maklumat tidak disekat serta suara yang berbeda tidak dibungkam.
Kepada rakan-rakan sekalian, Keadilan merupakan tiang paut yang boleh dikongsi bersama, walau berbeda ras, budaya dan agama. Keadilan adalah fitrah yang menyebati dalam diri setiap insan. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al A’raf ayat 29 berbunyi, “Katakanlah Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara).” Kerana itu apabila kita bersatu kerana ingin menegakkan Keadilan dan menentang kezaliman, makanya kita memepersatu kekuatan yang ada dalam setiap dari kita. Kekuatan inilah yang akan kita gembleng untuk melakukan perubahan yang menyeluruh.

Wednesday, April 8, 2009

TAHNIAH S.MANIKUMAR

AMK KULIM BB mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada S.MANIKUMAR kerana berjaya memenangi PRK N25 BUKIT SELAMBAU dengan MAJORITI 2403 menewaskan CALON BARISAN NASIONAL DATUK GANESEN.AMK KULIM BB juga mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua petugas yang menjalankan tanggungjawab dengan baik sehingga PKR DAN PAKATAN RAKYAT mengecapi kemenangan.Selain itu AMK KULIM BB juga mengucapkan TAHNIAH kepada DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN apabila berjaya menewaskan calon BARISAN NASIONAL DI PARLIMEN BUKIT GANTANG dengan majoriti 2678.Marilah kita semua perkukuhkan PAKATAN RAKYAT demi menolak dan menumbangkan BARISAN NASIONAL SECEPAT MUNGKIN.

Thursday, April 2, 2009

AMK KULIM BB KE PENAMAAN CALON N 25 BUKIT SELAMBAU

ROMBONGAN AMK KULIM BB KE PENAMAAN CALON PRK N25 BUKIT SELAMBAU TIBA DI BILIK GERAKKAN AMK KEDAH PADA MALAM PENAMAAN CALON TERSEBUT.SERAMAI 25 ORANG MENYERTAI ROMBONGAN AMK KULIM BB.TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG HADIR MERAMAIKAN PENAMAAN CALON PRK 25 BUKIT SELAMBAU